Monday 31 December 2012

Blog Yui Bieyna Berwajah Baru?

Ya, seperti yang termaktub pada akhir tahun ini, iaitu 31/12/2012, seorang blogger yang diberi gelaran "Yui Bieyna" secara rasminya menukar wajah blog sempena Tahun Baru. *Amboi ayat gila skema*

Hehehe. Jangan terkejut beruk ye blog ne lain ye. Yui nak beri nafas baru. Nanti boring baca entry Yui ne kan? *perasan*


Blog Wajah Lama (Sweet Pinky)

Blog Wajah Baru (Always Purplish)


Header sebelum ne Miraa Hussin yang bagi. Taknak pakai lama-lama. Try taste baru. :)

Yui sebenarnya takde idea nak edit cam ne. Jadilah blog serba Purple. Yui cuma tukar warna blog, header dan ada tambah sikit kat bahagian sidebar. Yui try2 la kasi ringan blog tu. Template sama je. Hehehe. Jemput komen wajah baru blog Yui Bieyna k?


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 29 December 2012

Rahsia Di Sebalik Lagu Doraemon

Jeng Jeng Jeng! Wah blog ne dah berhabuk sedikit. Hahaha. 

Haha, siapa minat kartun kucing yang comel ne? Baik mengaku? Angkat tangan sikit? Hehe. 

Oh Yeah Doraemon!

Tapi, korang tahu tak apa maksudnya disebalik lagu Doraemon? Ok jom tengok. =.=`


P/S: Tak tahu nak update apa lagi. =.=` Kalau nak tengok video tu silakan tekan butang "PAUSE" kat kotak kenyit mata tu. Thankyou.



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 26 December 2012

Wordless Wednesday #8

Tempat Yui dan member-member makan masa rehat. Tak lama lagi nak sekolah ! =.='




Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 19 December 2012

Wordless Wednesday #7

Yeah curi gambar dari Google.
Mood: Nak Baca Buku
Wassalam


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Tuesday 18 December 2012

Amalan Sebelum Tidur

Hari ini Yui nak share tentang amalan sebelum tidur, Nak copy? Silakan make sure inform Yui. Yui pula nak creditkan kepada Saffa Ismail. Mudah-mudahan kita dapat peroleh keberkatan dan cuba untuk mengamalkannya nanti. :)




Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

· Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al-Ikhlas Tiga Kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

· Membacalah selawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.

· Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "
Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

· Dan, perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-Sunnah Nabi SAW
 Sebelum, Ketika dan Selepas Tidur:

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

"Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X."

4. Membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9. Membaca Surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10.Tutup aurat ketika tidur.


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Cahaya yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Monday 17 December 2012

Antara Persahabatan Dan Keegoan

Hari ini taknak update panjang-panjang sebab nak blogwalking ! Dan sejak akhir-akhir ne banyak-banyak download lagu Big Time Rush ! Ooo baru tahu Yui ne Rushers ye? Huhuhu malu. =.=

Sorry gambar curi dari Pak Cik Google. BTR FOREVER ! ^_^

Jap ! Bila teringat kat dorang kat atas ne, teringat pulak kat kawan-kawan. Dorang ne selain satu band, dorang jugak sahabat yang baik. That's why rasanya nak terdetik share mutiara kata yang saya curi jugak kat Pak Cik Google. *Maaf ayat tak berapa teratur bah*

KLIK AGAR LEBIH JELAS.

Okay sekian, Wassalam.



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 16 December 2012

Selamat Tinggal MukaBuku

Kita berkenalan hanya dalam laman MukaBuku,
Kau tinggal pesanan suruh aku terima kamu 
Ooo...

Amboi lagu Najwa Latiff yang sesat kat blog Yui nie kenapa pula? Hahaha. Mentang-mentang post pasal MukaBuku. Rasanya kesinambungan dari entry BENGANG ni kot? 

Kenapa yerk kali? Sebenarnya Yui terpaksa tutup akaun MukaBuku yang tercinta. Huhuhu sedih sebab "I Have A Privacy Concern" konon.

Actually Yui TERPAKSA deactivate sementara akaun tu sebab seseorang yang bangang komen wall post Yui. Konon dia cakap tak silap "Minta maaf ya Status adalah tempat untuk menghiburkan kawan" lebih kurang camtu lah. Sebenarnya panjang menjela lagi.

And kalau nak tahu orang tu HACKER ! Takut dalam bila-bila masa sahaja boleh mengkompromi akaun MukaBuku Yui yang tercinta. Sebab cakap adik Yui dia dah Hack MukaBuku adik Yui. Terpaksa buat baru. Tapi Yui taknak buat baru sebab banyak betul kenangan suka duka yang Yui dah dirikan selama 3 tahun. 

Entry ne bukan untuk mengumpat. Astaghfirullah. Tapi untuk peringatan kepada saudara yang suka mentag nama orang tu di suruh pula aku tag supaya nak cari gaduh *ayat apa ni?* kita ni Insan Biasa je. Jangan nak perasan PERFECT tu mentang-mentang dah lama ada akaun MukaBuku tu. Okay sebab akaun tu bukan bapak kau punya.

Selamat Tinggal MukaBuku. Terpaksa Yui korbankanmu.



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday #6

Hari ini Yui dalam mode begini.

Yui sekarang BENGANG !
Esok Yui ceritakan kenapa. Wassalam.


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Monday 10 December 2012

Doa Untuk Tambah Ilmu Untuk Menjadi Seorang Yang Pandai dan Cerdik

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini Yui update simple je. Yui nak share satu doa. Mudah-mudahan kita sentiasa mengamalkannya. Insyaallah.

KLIK UNTUK LEBIH JELAS
Wassalam.



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 8 December 2012

Boleh Tolong Yui Sikit?

Salam Blogger !! Wah nampaknya blog Yui nie sedikit berhabuk ada sarang sudah ! Bah Yui update hari ini. Ada yang nak tahu kenapa yang jadi kat Yui di entry SINI? Well, Yui sebenarnya addicted nak SMS someone special. Siapa tu? Rahsia le. Hehehe.

Okay, straight to the point. Tapi, Yui nak mintak tolong sikit, boleh? Yui dah lama join Churp Churp, tapi earning tak berapa nak naik ! So, tolong Yui ek untuk klik...

1. SINI
2. SINI jugak
3. Lastly SINISINISINI ! =.=`

Sebagai penghargaan, Yui klik balik korang punya Churp-churp. Komenlah kat entry blog. Letak link blog je tau ! Kalau tak, awaslah. Hehehe. Kalau korang yang nak join tu, klik SINI pula tau ! Hehehe.

Okay, Yui nak online dulu. Sibuk tengok lappy lain lagi. Hahaha tipu je.

OhMyGucci banyaknya laptop !




Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 5 December 2012

Wordless Wednesday #5

Hah cer teka apa yang berlaku terhadap diri Yui kali ini. Muehehehe.

That's not me ! :p
Wassalam.


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Tuesday 4 December 2012

Huhu .. Kesian


So this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time. *Taylor Swift - Back To December*

Aww, she's cute ! Taylor Swift. :D
Aik? Apasal pulak lirik lagu "Back To December" sesat dalam blog ni? Hahaha sebabnya kita dah masuk bulan Disember ! Wah ! Sedar tak sedar masa pun cepat berlalu. Tak lama lagi 2013, dimana tahun Yui untuk berperang ber mati2an di Perang PMR ! Muahaha. Wish me luck guys ! :)


Apa khabar? Korang sihat tak? Hehehe harap2 korang semua sihat lah ek? Firstly Yui minta maaf kat semua sebab blog nie dah berhabuk ada sawang labah2 lah. Huhu sedihnya. Tapi kenapa ye kali Yui tak update? Penyakit "M" a.k.a Malas? Adalah ciket. Actually Yui sebenarnya sakit tau. *Eh sakit apa? Balik2 je Yui sakit ni* 

Haa. Itulah pasal Yui tak update. Yui dah terkena cacar ayam, atau lebih dikenali dengan nama CHICKEN POX ! Huhu kesian. *Korang kesian tak? * =.=


Saje nak letak gambar "Puss In Boots". It's cute ! :)
So nasihat kepada korang semua yang sihat belaka tu, korang kena syukur tau. And siapa yang dah pernah kena disease ni mesti best kan? Sebab nanti tak kena lagi ! Hehehe. Nak stay sihat, kenalah minum banyak air, at least 8 GELAS ! Ingat tau, LAPAN GELAS ! And lagi satu kena banyak makan fruits and vegetables. Hah, dapat lagi tips percuma. Lalala, tapi Yui tak jamin nak slim lah. Yui sendiri debab ! Huhu pasrah je.

Air Putih ! Mesti minum
Buah-buahan yang manis rasanya. :)

Sayur-sayuran yang menyegarkan :D

Well, setakat ni sahaja ya. Makin meletup cacar kat badan Yui. Sakitlah. Huhu doakan Yui sihat ye? Yui boring sebab baring je kat rumah. Yui nak jugak buat sesuatu yang tak berapa membosankan. Yui teringin nak buat homework Bahasa Arab. Member2 Yui yang lain dah buat, Yui lagi ni kesian lah keseorangna membuat. Huhu ok ! Wassalam


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 25 November 2012

Kisah si Batu, Kertas dan Gunting


Alhamdulillah ! Yui pula sihat dah... Korang sihat tak? Hehehe. Entah apa-apa lah Yui update nie.
Korang pernah main choose-choose ka? Kalau masa kechik-kechik dulu memang suka main. And mesti kata "One, Two. Choose !". Memang best la. Sekarang nih, haishh memang dah tak de mood.

Hah ! Ni ceritanya. Enjoy !

KLIK KALAU NAK LEBIH JELAS !
Hahaha, cair terus batu tu weyh !
So, mesej yang ingin Yui sampaikan adalah kita semua tak sempurna. Macam kat atas nih.


  • Batu vs. Gunting = Gunting Kalah
  • Batu vs. Kertas = Batu Kalah
  • Kertas vs. Gunting = Ermm, kertas yang kalah. *xdedalamgambar*


Kita ni manusia biasa. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri. So, jangan meninggi diri dan bangga dengan apa yang ada k? Kadang-kadang kita kena terima apa yang kurang dalam diri kita.

Okay, babai ! Sampai sini je. Dah kena panggil nak kemas rumah. Happy Sunday !


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H

Apa khabar? Sihat tak? Alhamdulillah. Yui pula dah makin improve nie. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dapat bernafas di muka bumi yang fana ini.

Image Credit to : Google
Hari ini merupakan hari umat Islam meraikan tahun baru dalam Islam. Tak kan tak tahu pun? Kalau Happy New Year korang sibuk lah sangat !!! Tahun Baru Yang Indah ini korang lupakan? Tak patut. Tak patut.

Sempena tahun baru ini, Yui ingin meminta maaf kepada SEMUA ORANG sama ada Yui dah buat silap salah, terkasar bahasa, tak layan korang, terjeling secara tak sengaja kerana yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada diri Yui sendiri. Hehehe ^_^

Oleh itu, marilah kita hayati lirik lagu nasyid di bawah nie. Okay?


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 


Sekali lagi, salam Maal Hijrah kepada Muslimin dan Muslimat semua. Semoga anda dirahmati oleh-Nya. Insyaallah.



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 14 November 2012

Wordless Wednesday #4





Hope korang boleh predict apa yang berlaku pada diri Yui. Wassalam.



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 11 November 2012

5 Petua Wajah Berseri (Cara Islam)

Apa khabar? Sihat tak? Wah 1 minggu dah cuti sempena SPM ye? Betul tak? Hohoho. Agaknya ada tak yang sudi baca entry Yui? Maaf lah Yui lama dah tak buka blog nie. Tiba-tiba datang penyakit 'M'. Malas bah? Apa lagi kan? Lalala.

Ok ! Straight to the point. Yui usha kat MukaBuku tadi pagi, kalau tak silap Ada satu gambar Yui rasanya sangat menarik nak share kat MukaBuku. So dengan tak keberatan jugak Yui nak share dengan korang semua. Enjoy !

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS.
Alhamdulillah. Semoga petua kat atas nie dapat kita aplikasikannya selalu. Insyaallah. Aik? Dah nak petang lah. Yui nak mandi pastu nak cuci baju lagi. Ok? Goodbye uolzz. Wassalam.


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 28 October 2012

Erti Seorang Sahabat Sejati...

Wah ! Lamanya Yui tak HAPDET blog nie. Rindunya ! Maaflah sebab line BERUKBAND asyik kaler hijau. Bencinya ! Takpe... Yui nak sampaikan maksud sahabat sejati dalam bentuk puisi. Mungkin ini juga luahan hati Yui. *Ecehh, sejak bila Yui minat puisi nie arhh? Hihihi*



Comel Tengok Gambar Kartun Muslimah. Kebetulan pulak Yui sekelas 11 orang termasuk Yui ! Macam tepat pulak sasaran kali nie ! Hehe

Sahabat Sejati bukan untuk disakiti.. 
Sahabat Sejati bukan diminta untuk dimengerti..
Sahabat Sejati bukan untuk dijual beli..
Sahabat Sejati bukan untuk ditinggal dan pergi..
Sahabat Sejati bukan hanya saat bersuka ria..

Sahabat Sejati bukan pula untuk dilaga...

Hakikatnya..

Sahabat Sejati adalah untuk dikongsi bersama..
Sahabat Sejati adalah untuk kita berduka dan suka...
Sahabat Sejati adalah untuk bawa sampai ke mati..
Sahabat Sejati biar jauh beribu batu..
Sahabat Sejati biar tidak pernah jumpa sekalipun..
Sahabat Sejati tempat kita bermanja...

Kesimpulannya...

Tiada ungkapan seindah sahabat sejati..
Namun mengapa apa manusia yang tidak menghargai ungkapan ini...
Adakah ia normal atau sebaliknya?
Aku mencari sahabat sejati yang abadi...
Sudahkah aku temui?

*Kuharap, wahai Sahabat. Kumohon kau mengerti...







Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 21 October 2012

Tak Tahu Kata Apa-apa

Hohoho. Yui nak makan. Lapar dah nie. Belanja Yui nak ke? Hehehe.

Apalah. Yui nie merapu ke? Tak Tahu ! Tak Tahu !


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Friday 19 October 2012

Amalkan Al-Quran Setiap Hari !

Salam Jumaat ! Yui nak share gambar nie. Dipersilakan copy link photo nie ye. Dialu-alukan...

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah Al-Alaq, Ayat 1-5)

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Thursday 18 October 2012

Doa Untuk Para Pelajar Yang Nak Ambil Exam

Doa ini khas untuk abang-abang dan kakak-kakak ambil peperikasaan yang bakal menjadi sejarah dalam hidup korang, dan juga bakal menjadi hala tuju korang selepas ni. Insyaallah. Semoga Berjaya !


Yui nak share jugak doa nie sebab nak jadikan koleksi azimat untuk Yui hadapi PMR tahun depan, SPM dan apa-apa sahaja exam yang bakal yang Yui tempuhi. Insyaallah ^_^.

Sekian, wassalam.


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 17 October 2012

Wordless Wednesday #3



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Tuesday 16 October 2012

Ini Tidak Adil ! Tidak Adil Bagi Yui...

Hye hye ! Apa khabar? Sihat tak? Yui pulak nak sakit terjangkit dengan mak Yui ! AHHHHHHCHHHHOOOOOMMMMM ! Ohho... Rosy Nose Has Coming Back ! Lalala

Ini tidak adil, tidak adil baginya...
Ini tidak adil, tidak adil bagiku... *Amboi, apasal lirik lagu Yuna masuk dalam blog Yui nie arh?*



Of course lah ! Ini pasal kejadian kat sekolah tadi. Markah EXAM dah diberi ! Tapi... Bukan semualah. Huhuhu. Yui baru dapat 1 A. Nak tahu subjek apa? Cer teka, cer teka. Hehe XD Tak yah lah nak teka-teki. Nanti tak habis fikir. Sampai setahun pun kali tak sampai ek? Hahaha...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
SUBJEK YANG DAPAT 'A' ADALAH...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
JENG JENG JENG !!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
BAHASA ARAB ! 86% (Amboi, dengan bangganya. Astaghfirullah)

Ya, memang. Yui dapat 'A' dalam Bahasa Arab.... Bahasa Arab je? Yang lain Yui dapat Badut dan Cacing... Yang Yui geram lagi, Maths !! Yui dapat CACING dan kawan saya seorang yang erghh tu dapat 'A'???? Yui tak sangka betul. Kisahnya korang boleh tengok kat SINISINISINI !

Tidak adil ! Memang tidak adil ! ERGHHH !!!

Okay, dahlah. Kata orang, nak curahkan isi hati yang  sangat terbuku dalam hati beritahu kat kengkawan yang rapat, ibubapa. Tapi, Yui nak curahkan dengan Blog Pinky Monky nie. Maaf ye kalau korang nak muntah lepas tengok blog itu !... Okay Daa !


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Monday 15 October 2012

Tamatlah Perjuangan Yui HARI INI !!!

*Jawab, jangan tak jawab*

Hye ! Apa khabar? Dah start exam ke??? Hehehe... Hari ini dah HABIS EXAM !!!

HORAYY ! MERDEKA ! MERDEKA !


Lalala... Merdeka Sudah !

Amboi ! Dengan confident MERDEKA SUDAH ! Adeh... Harap-harap dapatlah jugak menyangkut 'A' yang dinginkan ye. Taklah macam dalam ENTRY INI ! Huhuhu.....

Kepada kengkawan yang nak exam tu, selawat banyak-banyak, mohon maaf daripada ibu bapa, cikgu n semua lah ! Hehehe... Relaks lah beb ! Senang lah !

P/S: Lepas exam nie, apa yang patut dibuat ek? Jom Komen ! :)

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 13 October 2012

"Segmen : Siapa blogger bertuah by Nelly dan Nabila Medan ?"

Sobahul Khair ! Selamat Pagi U Oulls ! Wah, kelmarin Yui jawab paper Arab memang C.O.N.F.I.D.E.N.T lah SANGAT ! Senang lah... Cewah perasan kau Yui !

Eherm, tadi Yui tengok Cbox Yui, Yui tengok ada Pemilik Blog Tomeyy post something.


So, dengan ini. Yui JOIN SEGMEN INI dengan rasminya ! *Hohoho ayat weii*
Okay, kat bawah nie banner dia. Korang click dan secara automatik ke blog Nabila Medan ! Segmen nie anjuran Nabila Medan dan Nelly The Strange ! Join ! Jom Join !

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN !
Now, Yui nak tag 3 orang blogger bertuah, siapa? Yui tag Nida_Nyeol's, Izzah dan Maizan. And Yui tag semua yang baca entry nie k? Syukran. Keep cool 'n' chill !


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Thursday 11 October 2012

Yui Bieyna DIPERBODOHKAN?

Apa khabar semua? Macam mana kepada akak abang yang amik PMR tu? Ok ke? Hohoho Yui curi-curi buka semasa exam nie. Tinggal empat paper je lagi. Esok Paper Bahasa Arab, Luhjah Al-Quran... Hehehe Uhibbu Allughatul Arabiyyah ! Maksudnya "Saya Suka Bahasa Arab".

Hari Isnin pulak 3 paper, Kemahiran Al-Quran, PJK dan Sivik ! Hohoho KKQ Best Lah !!! Yang dua tu.. eherm eherm la jawabnye... Hehehe

Okay, korang nampak TITLE KAT ATAS TUH !!! ??? Sekarang nie Yui bengang lah dari kelmarin lagi. Marilah Yui cerita lagi. Kalau Yui sambung, jangan muntah-muntah ye...

Begini, kelmarin kan ada paper Maths. Masa paper Maths II tu la... Dah habis jawab paper tu, ada pulak cikgu bagi chance betulkan jawapan Maths... Hohoho... Yui sikit je... Yang MIAK JAIK dan bestie Yui yang bersubahat tuh terlebih minta petunjuk ! Hoho kalau Yui bagitahu kat Cikgu yang ajar Yui sekelas Maths tu, memang marah punye ! Lepas tu, memang confirm markah Yui lebih rendah daripada MIAK JAIK tu ! Takpe.. Takpe.. Yui pasrah je. MIAK JAIK tu tak tau ke nak PASRAH???

Lepas tu, pensil Yui pun habis diorang kebas... Hei, awak, awak, awak, awak, awak dan yang awak bersubahat tu... Sedarlah diri oii... Lepas tu yang awak tu suruh tutup dan kunci pintu kelas tu wat pe JAIK? Then, Yui naik BENGANG la. Hari ini, diorang pun tak berape nak cakap ngan Yui...

Wei awak, nak Yui REPORT kat cikgu? Baru tahu, Langit itu tinggi rendah !!!! BENGONG !

Maaflah, Yui sekarang sedang merapu. Jangan marah, Yui nak legakan hati nie. Maafkan Yui. Yui taknak sebut nama diorang...

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 10 October 2012

Wordless Wednesday #2

Hikhok ! Cer fahami k?


KLIK UNTUK LEBIH JELAS !!!


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 6 October 2012

Resepi Sirap + Milo

Hola ! Haha Hari nie Yui update lagi ! Jom try resepi nie... Yui copy dari rakan Yui... Cuba try. Sorry k kalau tak sedap? :)


Bahan-bahan
- 3 Sudu Serbuk Milo - Air Panas Sampai Suku Gelas - Sirap Merah (Sunvalley) 2 sudu kecil - 3 sudu kecil susu cair - 3/4 air sejuk - Ais secukupnya
Cara-cara 
- Campurkan kesemua bahan dan sedia untuk minum !
Ok, Yui nak makan lagi. Lepas tu nak sambung belajar. Yeke? Hehehe. Bubye ! 

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Untitled Post

Assalamualaikum ! Saja nak update harinie. Taktau nak wat ape.. Hewhewhew.

Hohoho... Yui B.I.N.G.U.N.G !!!
Ok, EXAM DAH DEKAT ! BUBYE !

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 30 September 2012

Tutorial Membuat Blog Versi Baru

Wah ! Yui FIRST TIME EVER wat tutorial. Tapi, Yui nak wat jugak sebab jealous ngan blogger lain. Ecehh, bukanlah. Yui gurau je. Yui nak wat tutorial nie sebab ada sorang kawan Yui request macam mana lah Yui wat blog nie. And mak Yui jugak nak tahu cara-cara wat blog nie sebab mak Yui ada tugasan kuliah. Nak bagitahu step-by-step ngan mak, takut pening jadinya, so Yui watkanlah ! Hohoho

Okay, back to topic. Kalau korang masih belum ada blog, jomlah join ! Hanya dengan gunakan tuto nie sebab dulu Yui search kat google cara nak wat blog versi baru takdelah. Sekarang Blogger dah tukar ke Old Interface ke New Interface ! So, dengan ini Yui buat tutorial nie khas kepada korang yang nak wat blog, untuk personal blog, tips tops yang nak kongsikan, perniagaan, and macam-macam lagilah !!! Memang best giler kalau terjebak dalam dunia blog nie. Tetapi...... Korang sedia tak? Okay, let's go bebeh ! :p

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

First in first, korang ke SINI dahulu.

1, 2 & 3. Masukkan email & password Gmail anda. Macam gambar kat bawah nie.

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
Lepas tu, korang akan nampak cam nie kan?

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
Ada dua account tu dia mintak isi, better Yui prefer kat korang guna Blogger Profile, sebab lebih simple kerjanya. Kalau korang pilih profile Google+ Profile, panjang lagi proses nye...

Kemudian, korang isi nama display korang. Nama real ke, nama glamour, terserah !!! Then, tekan Continue to Blogger.
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

4. Tekan New Blog.

KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

5. Pastu, keluar benda nie kan? Tipu lah kalau takde. Korang isi nama blog title & nama url. Kemudian, create blog. Sebelum tu, kalau nama url yang anda idamkan takde, tukar yang lain okay !


KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
Okay, blog anda telahpun di-createkan ! Tapi, korang nak tulis apa-apa kat blog, tekan yang nie.

Dah siap ! After this, korang pandai-pandailah explore pasal Blogspot k? Thanks !!!

P/S: Fuhhh, susah jugak wat tuto nie... Baiklah kalau ada pertanyaan, tanya Yui kat cbox atau emailkan Yui ke tutorial.bieyna98@gmail.com. 

Happy ber-blog !!!



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 29 September 2012

Exam is AROUND THE CORNER

Apa khabar penngunjung blog Yui yang setia? *agaknyadatak* Lama dah Yui tak update blog nie. Nak tanya kenapa? Cer korang tengok ayat gerak-gerak kat atas tu..

Ya Allah ! Exam dah nak dekat le. Yui harap Yui dapat jawab kertas exam nanti tu. Insyaallah ! Doakan Yui supaya berjaya ek? Hehehe.

SAYA NAK A !!! SAYA NAK A !!!
Now nasihat kepada adik-adik yang baru sahaja habis jawab paper, jangan korang RTM (Rehat Tidur Makan) sesuka hati je tau ! Banyakkan lah tawakal lepas nie. And kepada akak-akak, brader-brader yang ambil PMR, SPM dan STPM, wish you all GOOOOOOODDDD LUCK !

P/S: Alaa, seorang-seorang kat rumah dengan nenek dan adik kechik.Nak sambung buat KGT lepas nie.

Okay bubye !


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Tuesday 11 September 2012

Lagu Dah Tukar !

*Jawab, jangan tak jawab*

Alhamdulillah, Yui dapat buka hari nie. Tapi Yui cuma nak tukar lagu je kat blog nie. Alaa, nie lagu Big Time Rush ! Yui dah start minat kat dorang nie, itupun adik yang syorkan. Cewah ! :p "Kak, jom minat BTR !" Hahaha... Yui ikut je la. Tapi memang best la lagu dorang nie... And Yui suka lagu kat blog nie. Lagu nie lagu PARALYZED bah. Syok bah kalau kau !!! Haha. Nah layan lagu dorang nie. Kalau tak suka, klik SINISINISINI !!!!. Yang nak layan,Yui bagi lirik dia sekali. ^_^

You, you walked into the room
On a Friday afternoon
That's when I saw you for the first time
And I was paralyzed

I had a million things to say
But none of them came out that day
'Cause I was never one of those guys
That always had the best lines

Time stops ticking
My hands keep shaking
And you don't even know that

I'm trying to speak but girl you got me tongue-tied
I'm trying to breathe but I'm f-f-f-frozen inside
I'm trying to move but I'm stuck in my shoes
You got me paralyzed, paralyzed, p-p-p-paralyzed
I see you walking, but all you do is pass me by
Can't even talk, cause words don't fall into my mind
I'd make a move if I had the guts to
But I'm paralyzed, paralyzed, p-p-p-paralyzed

Now, I learned a lot from my mistake
Never let a good thing slip away
I found a lot of time to look back
And my only regret is

Not telling you what I was going through
You didn't even know that
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/big_time_rush/paralyzed.html ]
I'm trying to speak but girl you got me tongue-tied
I'm trying to breathe but I'm f-f-f-frozen inside
I'm trying to move but I'm stuck in my shoes
You got me paralyzed, paralyzed, p-p-p-paralyzed
I see you walking, but all you do is pass me by
Can't even talk, cause words don't fall into my mind
I'd make a move if I had the guts to
But I'm paralyzed, paralyzed, p-p-p-paralyzed

As the years go by I think about you all the time
Woah
If I get the chance I hope I won't be paralyzed
Paralyzed by you

You walked into the room
On a Friday afternoon

I'm trying to speak but girl you got me tongue-tied
I'm trying to breathe but I'm f-f-f-frozen inside
I'm trying to move but I'm stuck in my shoes
You got me paralyzed, paralyzed, p-p-p-paralyzed
(You got me paralyzed)
I see you walking, but all you do is pass me by
Can't even talk, cause words don't fall into my mind
I'd make a move if I had the guts to
But I'm paralyzed, paralyzed, p-p-p-paralyzed
(You got me paralyzed)

Paralyzed, paralyzed
(You got me tongue tied)
Paralyzed, paralyzed
(Now I'm frozen inside)
Paralyzed, paralyzed
You got me paralyzed, paralyzed, p-p-p-paralyzed

Okay, that's all for today ! *Wah, speaking nampak !*

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 9 September 2012

Gangnam ? Apa tu ? Part 2

*Jawab, jangan tak jawab*

Okay, entry nie adalah kesinambungan daripada ENTRY INI !!!
Astaghfirullahalazim. Hari ini Yui check kat MukaBuku *seperti biasa* dan ada seseorang share mengenai benda nie. Harap dijadikan panduan untuk semua. Nauzubillah...

KLIK UNTUK LEBIH JELAS...
Wallahualam.


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 8 September 2012

Awesome Member #200

Hye hye ! Selamat malam. Alhamdulillah, follower Yui dah mencecah 202 orang ! Dan sekarang awesome member yang bertuah itu ialah...

|
|
|
|
|
V
******DRUMROLL*****
|
|
|
|
|
V
Cik Que !!!
Give a clap to her.. Hehehe. Okay, Yui nak review sikit pasal blog yang bertuah nie...

Blog CikQue yang serba pinky monky yang comel tu, dengan header bergambar pink panther pasti memikat para pengunjung blog CikQue. Kalau nak tahu, CikQue pun datang dari segmen   INI !!!. Wah, bestnya !!! Hehehe.

Maaflah, Yui bagi sikit je review nie. Al-Maklumlah, baru belajar nak buat cam nie... Okay, nie header blog Pink Panther CikQue, jom follow ramai-ramai !

KLIK HEADER !!!
CikQue blog hanyalah untuk santai-santai sahaja dan dalam masa yang sama turut memaparkan sedikit sebanyak coretan tentang realiti kehidupan. Coretan yang dipaparkan juga diselitkan dengan nilai-nilai moral dan pengajaran agar dijadikan sebagai iktibar dalam menjalani kehidupan yang mendatang. tQ -Cik Que-

Sekian, dan wassalam.

P/S: Yui nak reader yang setia, boleh tak? Hehehe gurau je. :p


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Friday 7 September 2012

Gangnam ? Apa tu ?

Hye hye ! Dan Salam Hari Jumaat ! Hari ini Yui dapat buka blog Yui yang terchinta sekali lagi !!! Weee rindu sangat lah dengan awak nie blog ! Muah ! *hoho, Yui bermonolog sendiri :p*

Okay,hari ini dah bukak blog, buka Muka Buku. And Yui klik lah satu persatu kat group yang Yui join. So Yui ada terbaca pasal Gangnam nie. Alaa, sekarang nie dah 'Famous Amos' kat kalangan Malaysia, orang kita nie weyy... Huhuhu. Yang hairannya, apakah maksud sebenar Gangnam Style nie? Haa, jom baca...

100% Copied !

''Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’

Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?

Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.


Jadi, apakah Gangnam itu?

Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.

Seperti yang tertulis di Wikipedia :

Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.''




Minta maaflah kepada peminat lagu Oppa Gangnam Style. Yui cuma share.

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 2 September 2012

Najwa Latif dah jadi Kes Cikgu Disiplin?

Salam Hari Ahad !!! Wah, cepat betul masa berlalu. Esok Yui dah tak buka blog pinky yang terchinta nie. Ohho ! Mesti rindu giler dengan blog nie. Huhuhu !!! :(


Ok, Yui ada godek kat Muka Buku. So, Yui copy la... Hehehe. Maaf ya Najwa, tapi nie just lawak suka-suki je ya !!!

Najwa Latif...

Cerita itu bermula di sini...

Pada suatu hari, di sebuah sekolah di selatan tanah air, bermula la sebuah cerita..


Cikgu : selamat berkenalan… .
Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…

Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat pengetua baru tau…
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo

Cikgu : cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa : hati ku rasa sesuatu

Cikgu : sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku

Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat pengetua?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu…

Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua… ku rasa gementar tapi bahagia

Cikgu : memang kalau dah ada peluang nak rotan je kamu ni..
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..

Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..ooohh uwouwouwo

Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat..
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P

Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la…

Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)

cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta…

Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya

Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..

Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni..
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja..

Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku

Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa baik dipanggil je
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu

Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..

Cikgu : cinta? Dengar baik-baik kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…

Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu. =DD

Source: Muka Buku
Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Owned by Yuyui Bieyna. © 2011 - 2013. All Rights Reserved.