Sunday, 16 December 2012

Selamat Tinggal MukaBuku

Kita berkenalan hanya dalam laman MukaBuku,
Kau tinggal pesanan suruh aku terima kamu 
Ooo...

Amboi lagu Najwa Latiff yang sesat kat blog Yui nie kenapa pula? Hahaha. Mentang-mentang post pasal MukaBuku. Rasanya kesinambungan dari entry BENGANG ni kot? 

Kenapa yerk kali? Sebenarnya Yui terpaksa tutup akaun MukaBuku yang tercinta. Huhuhu sedih sebab "I Have A Privacy Concern" konon.

Actually Yui TERPAKSA deactivate sementara akaun tu sebab seseorang yang bangang komen wall post Yui. Konon dia cakap tak silap "Minta maaf ya Status adalah tempat untuk menghiburkan kawan" lebih kurang camtu lah. Sebenarnya panjang menjela lagi.

And kalau nak tahu orang tu HACKER ! Takut dalam bila-bila masa sahaja boleh mengkompromi akaun MukaBuku Yui yang tercinta. Sebab cakap adik Yui dia dah Hack MukaBuku adik Yui. Terpaksa buat baru. Tapi Yui taknak buat baru sebab banyak betul kenangan suka duka yang Yui dah dirikan selama 3 tahun. 

Entry ne bukan untuk mengumpat. Astaghfirullah. Tapi untuk peringatan kepada saudara yang suka mentag nama orang tu di suruh pula aku tag supaya nak cari gaduh *ayat apa ni?* kita ni Insan Biasa je. Jangan nak perasan PERFECT tu mentang-mentang dah lama ada akaun MukaBuku tu. Okay sebab akaun tu bukan bapak kau punya.

Selamat Tinggal MukaBuku. Terpaksa Yui korbankanmu.



Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

2 Kotak Hati:

Nur Nabilah Syahirah Bt Zainol said...

Tak mengapa, korbankan sementara untuk beroleh kebaikan... Semoga dirimu sentiasa dilindungi daripada segala keburukan... Insyaallah... Amin... :-)

Unknown said...

@Nur Nabilah Syahirah Bt Zainol, Insyaallah, Aamiin. Terima Kasih. :D

Owned by Yuyui Bieyna. © 2011 - 2013. All Rights Reserved.