Saturday 23 June 2012

Astaghfirullah ! Resultku...

Assalamualaikum !


Selamat Berhujung Minggu... Korang dah check kat SINI ?


Yui check result Yui semalam. Astaghfirullah ! Resultku teruk sangat !!! Inilah akibat terlebih online... 24 Jam. Huhuhu :(


So nasihat Yui janganlah ikut macam Yui terlebih online tak bertempat. Macam result Yui kat bawah nie.... Malu sangat...


E??? Tak pernah dalam hidup....


So please lah sedar Yui...


6B, 1C, 1D, 1E ? Teruknya. Nak tengok ? Hambek kau...

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 16 June 2012

Pelik Sangat !

Assalamualaikum ! *jawab bah. hehe*


Selamat Malam ! Wah rindunya kat blog Pinky Minky nie... Al-Maklumlah sekolah kan? Hehehe...


Okay straight to the point ! Masa Yui check dekat message fB Yui kan. Ada seorang mamat poyo entah siapa lah mesej cam ni...


Agaknya kenapalah dia mesej cam tu? Sakit hati ke? Malam nie jugak Yui nak remove orang tu... Gila ke hape ni oii?


Huhuhu.. :(
Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 10 June 2012

Last Update Hari Ini...

Assalamualaikum !
Korang dah baca tak ENTRY NIE? TOLONG LAH BAGI PENDAPAT...
Yui sedih lah. Esok dah bukak sekolah. Erghh malasyyy lah. Yui masa cuti nie PUASSS tidur lama-lama. Hahaha itulah menternak lemak di kandang New Zealand. Hah ! Makan Kerepek Makin Merepek yeoh !!!


Hehehe. Betullah lemak dalam badan Yui nie Lemak Tepu Taww ! *ada kau kesah* RTM je Yui tahu.
Rehat, Tidur, Makan ! Husyy benci lah... Konon nak slim kan badan nie time cuti, tapi tak kesampaian. Penyakit MALASYY melanda diri Yui nie... ;(


Comel Tak? Tapi Yui tak comel macam Doodle nie... HAHAHA
Chubby kan? Muka pun berminyak dan berjerawat lah... Memang Yui perasan dah lama. Korang ada tips tak? Berat Yui dah lebih ni. Yui check BMI memang dah OBES TAHAP I ! Malu lah Yui dengan kawan-kawan. Tapi tak pe. Yui mesti ada keyakinan dan ketrampilan diri taww !~ Cewahh... :p


Hahaha Yui kena suruh bukak lappy sekejap je hari ini. Lepas tu, nak completekan misi kerja rumah Bahasa Arab nie. Buat karangan pulak? Huhuhu. Sedih lah. Asal kerja rumah mesti Bahasa Arab jugak yang banyak. *Ustazah jangan marah ye kalau ustazah baca. Ana Asif ! *


Okay lah Yui nak chaw lah dulu. Masa sekolah Yui memang tak dapat online. Kalau cuti panjang lagi of kos lew Yui update hari-hari ! Huhuhu sedihnya. Okay Tata !!!
Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 9 June 2012

Katakan Kenapa?

Assalamualaikum...
Hari Sabtu... Alaa tak lama lagi nak sekolah... Huhu sedihnya.
Sepatutnya kan time cuti nie, especially hari Sabtu mesti enjoy sakan right?


Yui nie tak puas pulak !!! Kenapa lah bebudak sekolah Yui nie sibuk bagitahu markah, sibuk nak cari markah, patutnya kene enjoy time cuti... Masa exam tu pun kawan-kawan Yui sibuk nak tahu markah dorang masing-masing. Diorang nie pun tak 'SHOCK' ke kalau dah tahu markah menurun ke, tak ke tak semangat nak jawab paper exam lain? Betul Tak?


Erghh !!!! Geram lah segala usaha Yui selama nie... Tengok list Sains yang lulus & gagal kena post oleh seseorang tu, Yui sedih lah, walaupun lulus, tapi mungkin C or D kot???? ERGHHHH !!!!! Kenapa?????? Ya Allah.....


Klik Lah Kalau Nak Besar... :(
Tengok? Nampak? Nama Yui kat 14 tu, TERANG LAGI NYATA ! Dah lah tak tag nama... Memang sah yang ke 14 tu mesti dapat C or D.... Hampir tercorot pulak... :( kenapa nie?


Guys, tolong bagi pendapat.... Yui sedih nie...
Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Thursday 7 June 2012

Ethics Of Sleeping

Assalamualaikum !!! 
Jom kita buat nie sebelum tidur? Hehehe... :D




Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Wednesday 6 June 2012

Contest Blog Super Kawai by Bubu

Assalamualaikum !!!
Hai, Yui nak join contest buat sekian kalinya !!! Jeng jeng jeng...


Hehehe.. Yui lama dah tak join contest montest begini yaoww !!! Thanks lah Miraa DoMo sebab tag contest nie.... Jasamu Dihargai.. :D
Korang korang...i... Yui nak tag sekali lagi Miraa DoMoShakila & Wani De Chubby...


Okay, semua syarat-syarat saya sudah ikut... Hehehe


Tata !


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Tuesday 5 June 2012

Bilik Aku 'Semak'?

Assalamualaikum !
Wah wah wah... Bencinya Yui tak lama lagi nak sekolah ! Tiada masa Yui nak tidur sesuka hati dan bergerak 'malasyyy' macam Siput !! Hahaha amek kau ! Yui nie kalau korang nak tahu pemalas orangnya... Sampai bilik sendiri macam "SARANG LELABAH" !!! Mataii... Habislah Yui.


Itulah masa cuti nie, Yui kena warning dah oleh bapak Yui, die cakap kan...


"Bah, kemas2 lah bilik tu. Nanti ada cousin datang ke rumah, malu nanti." -Ayah


"Yalah, yah... :p" - sayalah tu... tetap malasyyy !!!


Yui dah nak buat dah... tapi tak tahu kenapa Yui nie pemalas lah... Lama dah nie penyakit nie... Hewhewhew... Sedangkan kucing Yui, Mr. Puss lagi aktif macam Safee Sali ! Nampak je guli, main gelecek sana, gelecek sini... Huhuhu payah Yui nak cegahnya... :'(


Okay, nie dia tips-tips Yui nak kongsi ! Baru je Yui tengok Entry NurizSpace Dot Com, wah nie Yui nak buat nie... Yeah !!!


Tapi, sebelum tu, nie dia barang-barang yang perlu disediakan sebelum "Misi Penting" setaraf macam James Bond... Jeng jeng jeng !!!


-Bakul sampah/beg sampah
-Vakum/penyedut habuk
-Penyapu
-Tuala lembap
-Baldi dan air
-Pemyembur atau air pencuci
-Sarung tangan getah
-Penyegar bilik


Gambar Hiasan kat Website Nurizspace.com
Orait !!! Hah sekarang kita masuk kat Fasa ke-2 pulak nie geng !


1. Kenalpasti barang-barang mengikut jenis-jenis, seperti seluar baju, buku, alat tulis, sampah sarap, bahan yang tak perlu dan sebagainya dan bersihkan mengikut kategori barang2 tadi.

2.Tumpukan pada satu sudut pada satu masa, ini akan memudahkan kerja dan lebih tersusun. Siapkan satu sudut dahulu sebelum beralih ke ruang lain pula.
Tip Tambahan: Anda boleh tumpukan pada kerja kerja yang dirasa perlu dan penting terlebih dulu, contohnya membersih dan longgokan baju atau pakaian kemudian beralih kepada benda yang lebih kecil seperti mengemas barang barang kecil yang bertabur di dalam
bilik.

3. Boleh tetapkan masa pukul berapa anda perlu sudahkan setiap kerja membersih dan mengemas.

4. Bersih atau kemaskan cadar katil, jika perlu, salinlah cadar yang lama dan berbau. Buang segala barang atau sampah yang memberi bau busuk di dalam bilik.

5. Asingkan baju baju/pakaian yang nak dibasuh atau yang nak dilipat atau digantung di dalam almari.

6. Sediakan vakum atau penyedut habuk, sapu dan lap habuk di dalam bilik, pastikan tingkap dibuka.
Tutup dulu kipas supaya habuk tidak beterbangan.

Tip Tambahan: Lap dan buang dahulu habuk habuk di kipas atau habuk di bahagian atas ruangan bilik sebelum anda membersihkan bahagian lantai.
Gunakan tuala atau kain lembap supaya habuk tidak beterbangan di dalam bilik.


7. Sembur penyegar bilik, pewangi aroma atau titiskan pewangi aroma di atas mentol lampu tidur, supaya haruman dikeluarkan semasa lampu tidur dibuka. Bilik akan lebih wangi dan segar.

Okay ! Aitzz belum lagi tu ! Nie kalau nak pastikan bilik ALWAYS BERSIH-SEBERSIHNYA !!! Check it out yo !!!

1. Sebagai rutin harian dan ia tidak membebankan atau memenatkan diri sepanjang masa..contohnya:
2. Sediakan bakul atau bekas untuk memasukkan pakaian kotor dan busuk di satu sudut.
3. Sediakan bakul sampah supaya anda tidak membuang sampah merata-rata.
4. Letak buku di rak yang disediakan, letak alat tulis dan pen di dalam bekas khas.
5. Simpan benda benda kecil seperti pin, pemadam, pelekat dan lain-lain di tempat khas.
6. Simpan barang barang yang kerap diguna di tempat yang mudah dicari dan simpan lah barang yang jarang diguna di tempat lain.
Jadikan lah semua tip tup ni sebagai rutin harian supaya ia tidak memenatkan diri setiap masa atau setiap hujung minggu.

Ohyeah ! Ohyeah ! Dah selesai !!! Tips daripada NurizSpace Dot Com
Tata !!! ^_^






Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Monday 4 June 2012

Big Thanks to Miraa Hussin !

Assalamualaikum !!! 
Hye harini hari Isnin right !!! Wahh... Dok terasa pulak nihh... Hewhewhew !


Hari ini Yui blogwalking kat blog Famous Amos Kak Miraa Domo !


Hehe mestilah korang kenal kan? Blog dia yang penuh dengan Tutorial, Tips jugak yang MELETOPPSS LETOPSS tau ! Selain tu, Miraa nie jugak ada anjurkan Lomo Wave tau !!! Hehehe...


Klik je Header Miraa yang cute tu !
Mesti korang nak kan Lomo tu kan? Hehehe and thanks jugak kat Miraa sebab Miraa sudi buatkan header kat bawah nie...



Hehe jangan jelly ya.. Hehe kalau korang nak jugak, rajin-rajin lah BlogWalking blog kak Miraa yang cute lagi mantopp ek? hehe


Kalau korang nak tahu jugak Miraa nie satu sekolah lahh... Selalu nampak Miraa nie.. Hehe dia jugak Boss Yui jugak? Hehehe kenal jugak ye...


Don't forget follow die taw ! Sekali lagi Thank You So Much Miraa !!!!
Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Sunday 3 June 2012

Spammer Tegar di Facebook...

Lalala...


Assalamualaikum !
Selamat Bercuti di hujung minggu ye all !
Yui update lagi.....

Nak add? Add le.. Search je kat fB...

Yui dah dapat idea nak update hari ini tau ! Itulah ! Kalau korang nak tahu, Yui dah jadi "Spammer Tegar" kat MukaBuku tau... Hehehe korang tahu tak SPAM tu benda ape? Alaa, macam Facebook Walking jugak, tapi dah jenguk tu LOIKE lah banyak-banyak kat profile satu orang tu...
Hehe korang tak caya Yui SPAMMER? Haa, tengok mangsanya... Newest ke Oldest...










Tapi kan mesti korang yang dah jadi Spammer nie kan mesti lagi banyak kan?? Hehehe

Ok dahlah...Yui nak makan lagi nie.. Hehe tata ! 

Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Saturday 2 June 2012

Kerja yang MARABAHAYA di Google

Assalamualaikum !!!


Hai Yui update lagi...
Yui nak share lah satu story kat CHURP-CHURP nie kan...
Hehehe enjoy !


Klik kalau nak BESAR punyee~! ^_^


Terima Kasih Kerana Membaca, Apalagi, Komen La !

Owned by Yuyui Bieyna. © 2011 - 2013. All Rights Reserved.